30 dikenakan kompaun ingkari arahan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Hasil daripada pemantauan agensi-agensi penguatkuasaan yang dilakukan semalam semasa larangan keluar rumah dari jam 8 malam hingga 4 pagi tadi, sebanyak 30 pelanggaran arahan di seluruh negara telah dicatat dan dikeluarkan denda kompaun.

Perkara demikian telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang diadakan pada hari ini, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

Daripada 30 pelanggaran arahan tersebut, 18 daripadanya adalah kesalahan melanggar arahan bertahan di kediaman; enam daripadanya adalah kesalahan tidak mempunyai aplikasi BruHealth dan enam kesalahan tidak memakai sungkup muka.