Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    30% kanak-kanak lengkap vaksinasi

    KUALA LUMPUR, 17 MEI – Sebanyak 1,063,569 atau 30 peratus kanak-kanak berumur  lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

    Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,646,257 kanak-kanak atau 46.4 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,905,317 (93.4 peratus) telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,002,852 (96.5 peratus) daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Dalam tempoh sama, sejumlah 16,066,394 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,971,246 (97.6 peratus) telah lengkap dua dos dan 23,247,211 (98.8 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

    Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 9,228 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 2,700 dos pertama, 4,779 dos kedua dan 1,749 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,689,336. 

    Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Melaka dan masing-masing satu kes di Johor, Sarawak dan Selangor. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...