Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    30 karton tembikai wangi disumbangkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan khususnya petugas barisan hadapan dalam usaha berterusan menangani COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kosi (B) Sdn Bhd menyampaikan tanda penghargaan berupa tembikai wangi untuk petugas-petugas barisan hadapan kementerian berkenaan.

    Majlis penyampaian tanda penghargaan berkenaan telah diadakan di Pejabat Kosi di Jaya Setia Square, hari ini.

    Hadir untuk menyaksikan penyam-paian tanda penghargaan berkenaan ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong.

    Pada majlis berkenaan, tanda penghargaan berupa tembikai wangi sebanyak 30 karton telah disampaikan oleh Pengurus Jualan Kosi, George Lim kepada Pengarah Perkhidmatan Hospital, Dr Lailawati binti Jumat.

    Menurut George Lim, syarikat itu juga menunjukkan sokongannya kepada syarikat pertanian tempatan, Superfish Growers Sdn Bhd dengan membeli sebanyak 1,400 biji tembikai wangi.

    Beliau menambah bahawa syarikatnya memahami akan keadaan ekonomi yang mencabar semasa pandemik di Brunei, oleh itu, syarikatnya ingin mengetengahkan serta menyokong pembangunan pertanian di Brunei yang diterajui oleh syarikat pertanian tempatan seperti Superfish Growers Sdn Bhd.

    Sumbangan 30 karton tembikai wangi berkenaan akan diagih-agihkan kepada petugas-petugas penjagaan kesihatan dan sukarelawan yang terlibat dalam menjaga pesakit-pesakit COVID-19, melaksanakan pemberian vaksin, ujian RT-PCR serta bidang-bidang tugas lain yang berkaitan menangani COVID-19.

    Selain daripada itu, Kosi turut menyampaikan tembikai wangi kepada rakan-rakan industri dan individu yang terus memberikan sokongan kepada syarikat berkenaan.

    George Lim (kiri) menyampaikan tanda penghargaan berupa tembikai wangi kepada Dr Lailawati (kanan) dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali pada majlis yang berlangsung di Jaya Setia Square, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...