30 karya seni dipamerkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Sebanyak 30 buah lukisan hasil karya tiga orang pelukis dari Jabatan Muzium-muzium Brunei telah dipamerkan di ruang legar Muzium Teknologi Melayu (MTM), Jalan Kota Batu, hari ini.

Pameran Trio Battle tersebut merupakan anjuran Unit Penerbitan dan Pemasaran, Bahagian Pendidikan, Jabatan Muzium-muzium Brunei bagi memperkenalkan karya-karya seni pelukis di bawah unit berkenaan.

Dalam masa yang sama, pameran tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada orang ramai melihat lebih dekat hasil seni kreatif penggiat seni tempatan yang mengetengahkan pelbagai genre lukisan, potret, landskap dan abstrak.

Pegawai Penyelidik di Bahagian Etnografi MTM, Jabatan Muzium-muzium, Haji Bahrin bin Haji Bolhassan semasa ditemu bual Media Permata memberitahu lukisan-lukisan yang dipamerkan tersebutadalah hasil karya Awang Osman bin Bakir, Haji Zainudin bin Haji Ibrahim dan
Awang Mohd Abdul Wafi bin Haji Mat Salleh.

Haji Bahrin memberitahu bahawa, “Mereka bukan saja terlibat dalam membuat ilustrasi di jabatan ini sahaja tapi mereka juga pernah menyertai pertandingan membuat logo di peringkat antarabangsa seperti pertandingan melukis logo Sukan SEA dan sebagainya.”

Tiga orang pelukis Trio Battle, Awang Osman, Haji Zainudin dan Awang Mohd Abdul Wafi.
Haji Bahrin turut mengongsikan bahawa lukisan yang dipamerkan adalah dijual kepada orang ramai.

Pameran tersebut mempamerkan lukisan gabungan lukisan baharu dan lama serta karya yang dipamerkan juga dijual kepada orang ramai yang berminat.

Menurut Haji Bahrin lagi, setakat ini lebih 10 buah lukisan telah berjaya dibeli oleh peminat lukisan yang tidak melepaskan mendapatkan lukisan sebagai koleksi mereka.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi pameran tersebut yangdibukakan padaSelasa hingga Khamis, Sabtu dan Ahad dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.

Selain itu, sebagai langkah keselamatan kesihatan, pengunjung juga dimestikan untuk membuat pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki ruang pameran berkenaan.