Oleh Rokiah Mahmud
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Sebanyak 30 kerusi roda telah disampaikan oleh Kumpulan Meraih Berkah kepada Hospital Raja Isteri Pengiran Saleha (RIPAS), kelmarin.
Sumbangan yang telah disampaikan pada majlis yang berlangsung di Bilik Tutorial, Pusat Perempuan dan Kanak-kanak, Hospital RIPAS, itu merupakan wakaf daripada individu-individu bermurah hati yang diselaraskan oleh kumpulan berkenaan.
Hadir menyerahkan sumbangan berkenaan ialah Ketua Kumpulan Meraih Berkah, Hajah Florinda binti Haji Majenis dan diterima oleh Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif.
Antara tujuan sumbangan berkenaan adalah untuk berkongsi rezeki dan mengeratkan lagi hubungan.