Tuesday, August 9, 2022
24.4 C
Brunei

30 maut banjir di Bangalore

-

BANGALORE, INDIA, 23 NOV – Sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam masa beberapa hari kebelakangan ini apabila banjir kilat melanda bahagian selatan India, dengan hab teknologi, Bangalore paling teruk terjejas.

Hujan yang turun tanpa henti di sebahagian besar selatan India dalam beberapa hari mengakibatkan banjir, menurut laporan media tempatan.

Tasik-tasik yang mengelilingi bandar itu melimpahi tebing selepas hujan lebat tiga hari, menenggelamkan jalan dan membanjiri rumah-rumah. Penyelamat terpaksa menggunakan rakit getah untuk membantu orang ramai yang terkandas, manakala bas-bas dan beca mengangkut orang ramai meredah air separas lutut.

“Kami tidak boleh keluar rumah kerana air bertakung di hadapan,” penduduk Bangalore, Rathnamma memberitahu AFP kelmarin. “Semua barang runcit kami dalam rumah dan kami terkandas di luar rumah sejak jam 10 malam,” tambahnya.

Bulan lalu, kira-kira 42 orang mati apabila hujan lebat menghentam negeri pesisir pantai Kerala, dengan kerajaan menggantung satu acara hijrah tahunan ke Sabarimala, tapak suci sebuah makam Hindu. Seminggu sebelumnya, hujan lebat turut melanda bandar Chennai pada awal November, membanjiri hampir kesemua jalan raya utama dan mengakibatkan pokok-pokok tumbang.

Pakar mengatakan cuaca sukar diramal dan ekstrem di seluruh Asia Selatan kebanyakannya berpunca daripada perubahan iklim, pembinaan empangan yang berleluasa, pembasmian hutan dan pembangunan berlebihan. – AFP

Beca membawa penumpang cuba melepasi jalan dibanjiri air selepas hujan lebat di Bengaluru, India. Bahagian selatan India dihentam hujan lebat, mengakibatkan banjir yang menyaksikan 30 maut dalam beberapa hari kebelakangan ini. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -