Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    30 maut bas terjunam

    NAIROBI, 25 JULAI – Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke sebatang sungai di tengah Kenya di tempat yang kerap berlaku kemalangan, kata pegawai tempatan hari ini.2

    Nahas berlaku lewat semalam apabila bas itu sedang dalam perjalanan dari bandar Meru ke bandar pantai Mombasa.

    Bas itu terbabas dari sebuah jambatan dan terhumban kira-kira 40 meter ke lembah sungai Nithi di bawah.

    Gambar yang disiarkan dalam media tempatan menunjukkan bas bersepai selepas bergerak melalui cerun yang curam, dengan laporan mengatakan bangkai bas dan mayat mangsa bergelimpangan dalam sungai serta tebing sungai.

    Sekurang-kurangnya 20 mangsa maut di lokasi kemalangan semalam, sementara empat lagi meninggal dunia di hospital dan enam mayat ditemui hari ini, beritahu pesuruhjaya wilayah Norbert Komora kepada wartawan.

    “Usaha mencari masih diteruskan dan kami cuba mengeluarkan bangkai bas selain menyiasat punca kemalangan di tempat hitam di Nithi,” katanya. – AFP

    Kelihatan bangkai sebuah bas yang terjunam dari jambatan Nithi di daerah Tharaka Nithi, Meru, Kenya kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...