Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    30 maut terbakar dalam nahas jalan raya

    KANO, NIGERIA, 22 JULAI – Seramai 30 orang terbakar sehingga mati apabila tiga kenderaan merempuh antara satu sama lain di jalan raya di barat laut kerajaan Kaduna, Nigeria, kata pegawai keselamatan jalan raya hari ini.

    Kemalangan tersebut berlaku kelmarin apabila dua bas dan sebuah kereta merempuh antara satu sama lain di perkampungan Hawan Mai Mashi di sepanjang lebuh raya 400 kilometer yang menghubungkan bandar Kano dan ibu negeri Abuja, kata pegawai kor keselamatan jalan raya persekutuan di daerah Zaria, Abdurrahman Yakasai.

    “Ketiga-tiga kenderaan itu berlanggar dan api mulai marak, membakar 30 di kalangan penumpangnya,” kata Yakasai kepada AFP.

    Sesetengah daripada penumpang kemalangan itu juga mengalami kecederaan, katanya.

    “Penumpang lainnya mengalami cedera teruk dan kakitangan kami membawa mereka ke hospital, bagi mendapatkan rawatan,” tambahnya. Kemalangan itu berlaku disebabkan memandu melebihi had laju dan kecuaian.

    Kejadian seperti itu sering berlaku di Nigeria, sebahagian besarnya berpunca daripada pemanduan melebihi had laju dan melanggar peraturan jalan raya.

    Pada 18 Februari lalu, 18 orang telah maut dalam rempuhan kereta dengan sebuah bas penumpang di timur laut Yobe. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...