Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    30 Muslimah sertai bengkel sempurna jenazah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Seramai 30 orang Muslimah dari Daerah Tutong telah mengikuti bengkel Menyempurnakan Jenazah bagi Kelas Bimbingan Muslimah Masjid yang diadakan di Masjid Kampung Perpindahan Bukit Beruang, hari ini.

    Bengkel berkenaan merupakan siri bengkel anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dan dikendalikan dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dan ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan.

    Dua orang penggapai iaitu Hajah Suhalawati binti Haji Suhaili dan Dayang Nur Zaidah binti Abdullah Dawat mengendalikan bengkel berkenaan selaku pemudah cara.

    Antara tujuan bengkel adalah untuk menambah lagi pengetahuan para Muslimah yang menyertai bengkel tersebut melalui penerangan secara teori dan praktikal mengenai tatacara pengurusan dan penyempurnaan jenazah.

    Di samping itu, ia juga diadakan bagi meningkatkan keyakinan para peserta dan berani untuk mengendalikan jenazah dengan betul.

    Ia juga dihasratkan untuk menarik minat para Muslimah masjid dalam menubuhkan kumpulan penggapai di masjid-masjid sekali gus memudahkan orang ramai dalam mendapatkan khidmat penggapai bagi menyempurnakan jenazah terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

    Bengkel seumpamanya akan diteruskan lagi ke daerah lain mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Para Muslimah masjid dari Daerah Tutong semasa mengikuti bengkel pengurusan jenazah di Masjid Kampung Perpindahan Bukit Beruang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -