Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    30 nyawa melayang akibat pelanggaran dua bas

    N’DJAMENA, 28 FEB – Sekitar 30 orang terbunuh dan 50 mengalami kecederaan apabila dua bas bertembung di pusat bandar, Chad, kata kementerian pengangkutan negara Sahel, hari ini.

    Kemalangan tersebut berlaku malam kelmarin apabila bas penumpang yang datang dari ibu negara N’Djamena bertembung dengan bas dari Abeche, bandar ketiga terbesar di negara itu, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Abdelaziz Hisseine, setiausaha jabatan daerah, Batha West, menyatakan jumlah kematian dicatatkan sebanyak 33 orang dan 54 cedera.

    “Semua yang cedera telah dibawa ke Abeche,” kata Hisseine.

    Sementara itu, kemalangan tersebut masih dalam siasatan lanjut, menurut kenyataan dari kementerian berkenaan.

    Kemalangan lalu lintas yang membawa maut kerap berlaku di Chad, sebuah negara separuh padang pasir yang luas, biasanya disebabkan oleh kelajuan yang berlebihan, jalan yang rosak dan kelayakan jalan kenderaan yang kurang baik.

    Sekurang-kurangnya lapan maut telah dicatatkan dalam kemalangan trak di selatan negara itu pada Julai 2021. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...