Thursday, June 8, 2023
33.6 C
Brunei

    -

    30 pelajar IBTE terima biasiswa Hengyi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Seramai 30 orang pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah menandatangani perjanjian bagi kumpulan penerima biasiswa Hengyi Industries Sdn Bhd pada majlis yang berlangsung di Empire Hotel & Country Club, baru-baru ini.

    Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia) di Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Haji Zolkiflee bin Haji Abdul Karim hadir menyaksikan penandatanganan berkenaan selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries Sdn Bhd, Chen Lian Cai yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, ini merupakan kumpulan pertama penerima biasiswa Hengyi dengan kerjasama antara Hengyi Industries dan Pusat Pembangunan Kapasiti (PPK) bersama IBTE dan Lanzhou Petrochemical Polytechnic (LPP).

    Para pelajar biasiswa berkenaan telah berjaya menamatkan pembelajaran selama sembilan bulan di IBTE dan akan menjalani latihan berasaskan institusi selama setahun di LPP, China yang akan bermula pada Mac depan.

    Gambar ramai para pelajar IBTE yang menandatangani perjanjian bagi kumpulan penerima biasiswa Hengyi Industries Sdn Bhd, baru-baru ini.

    Kemudian, para pelajar tersebut akan menjalani latihan dalam pekerjaan selama 15 bulan bersama Hengyi Industries di Pulau Muara Besar (PMB).

    Sebaik sahaja menamatkan program tersebut, para penerima biasiswa berkenaan akan ditawarkan peluang pekerjaan di Hengyi Industries.

    Kumpulan penerima biasiswa seterusnya akan menjalani program selama tiga tahun yang merangkumi 12 bulan latihan berasaskan institusi di IBTE Kampus Jefri Bolkiah, 12 bulan latihan berasaskan institusi di LPP, China dan 12 bulan latihan dalam pekerjaan di Loji Petrokimia Hengyi di PMB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -