Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    30 pemenang cabutan Spend & Win dirai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Seramai 30 orang pemenang bertuah membawa pulang hadiah berupa baucar membeli-belah bernilai keseluruhan $27,000 pada Majlis Penyampaian Cabutan Hadiah Utama Kempen Cabutan Bertuah Spend & Win yang berlangsung di Milimewah Department Store, Pusat Membeli-belah Mid Valley pada 23 September lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Milimewah, di sini, hadiah pertama bagi kempen berkenaan berupa baucar membeli-belah bernilai $4,000 telah dimenangi oleh Siti Khairunisa Metarsad dan Tan Yap Choon.

    Sementara itu, hadiah kedua kempen berupa baucar membeli-belah bernilai $3,000 dimenangi oleh Lorie Jane Lanaban Denie dan Yu Zhao Xia. Manakala hadiah ketiga berupa baucar membeli-belah bernilai $2,000 telah dimenangi oleh Hasnah binti Haji Bakar dan Dorainah Haji Shahburin.

    Pemenang hadiah tempat keempat membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $1,000 dan hadiah tempat kelima membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $500.

    Sebagai sebahagian daripada cabutan utama, 20 orang pemenang hadiah sagu hati menerima hadiah baucar membeli-belah $300 setiap seorang. Hadiah para pemenang disampaikan Pengarah Kumpulan Milimewah, Dayang Rosmahwati binti Haji Buntar dan Pengurus-pengurus Kanan, Koh Ying Ling dan Tang Huong Kiong.

    Dayang Rosmahwati bergambar ramai bersama para pemenang Cabutan Hadiah Utama Kempen Cabutan Bertuah Spend & Win yang berlangsung di Milimewah Department Store, Pusat Membeli-belah Mid Valley pada 23 September lalu. – Gambar serahan Kumpulan Milimewah
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...