LABUAN, 1 NOV – Sekurang-kurangnya 30 peratus penduduk dan pelarian Filipina di penempatan air setinggan Kampung Muslim di sini, akan menjalani ujian COVID-19 selepas kluster baharu, Kluster Titian dikesan di kawasan itu Jumaat lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata beberapa kumpulan petugas penjagaan kesihatan telah dimobilisasi ke Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu se-tiap hari untuk menjalankan ujian terhadap penduduk.
“Kami melakukan yang terbaik untuk memastikan penduduk di pe-nempatan itu menjalani ujian COVID-19 seramai yang boleh, sasaran kami adalah sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah penduduk.
“Satu-satunya cara untuk memasuki rumah-rumah di kawasan setinggan itu ialah jambatan kayu lama yang sudah reput dan menunggu masa untuk runtuh, dan ini yang melambatkan proses saringan,” katanya kepada Bernama.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan Nurzalizah Kartika Abdullah berkata kira-kira 3,200 penduduk dan pelarian tinggal di penempatan itu. – Bernama