Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    30 peserta AUN-QA Tier 1 Training terima sijil

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Seramai 30 orang peserta ASEAN University Network-Quality Assurance Training Workshop for Accomplishing Programme Assessment (AUN-QA Tier 1 Training) and the Development of Self-Assessment Report (SAR) hari ini menerima sijil masing-masing pada majlis yang berlangsung di Hotel Aman Hill.

    Majlis penyampaian sijil bagi peserta AUN-QA Tier 1 Training telah disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad selaku tetamu kehormat majlis.

    Terdahulu itu, Profesor Ir Dr Shahrir Abdullah selaku lead trainer dalam ucapannya antara lain melahirkan penghargaan kepada penyampai dan peserta bengkel selain berharap dengan adanya bengkel itu ia akan dapat melengkapkan kemahiran yang diperlukan untuk penilaian dalaman institusi masing-masing seterusnya dapat mencetuskan semangat untuk jaminan kualiti institusi pengajian tinggi.

    Sementara itu, Pengarah Eksekutif AUN, Dr Choltis Dhirathiti dalam ucapannya secara maya menjelaskan, latihan selama empat hari ini merangkumi gambaran keseluruhan kualiti ekosistem jaminan, rangka kerja AUN-QA dan kriteria dan keperluan, pendekatan PDCA untuk penilaian kendiri pada peringkat program dan proses penilaian Program AUN-QA.

    Beliau seterusnya menambah, latihan ini menyediakan pelatih dengan peluang untuk melakukan analisis jurang kajian program dalam memenuhi rangka kerja AUN-QA dan menambah baik program QA untuk menutup jurang yang dikenal pasti.

    Dr Haji Azman bergambar ramai bersama para peserta pada majlis penyampaian sijil yang berlangsung di Hotel Aman Hill. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan

    Peserta bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai dari institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta Kementerian Pendidikan semasa program telah menjalani latihan intensif selama empat hari dari 31 Oktober hingga hari ini di mana mereka telah didedahkan tentang AUN-Quality Assurance model.

    Selain itu, peserta juga dilatih untuk mengenal pasti elemen penting ekosistem jaminan kualiti, memahami rangka kerja AUN-QA, kriteria dan keperluan serta cara menulis SAR bagi penilaian program AUN-QA yang teratur.

    Bengkel berkenaan telah disampaikan oleh empat orang pakar dari AUN-QA, iaitu Profesor Ir Dr Shahrir Abdullah, Profesor Dr Wyona C Patalinghug, Profesor Madya Dr Evangeline P Bautista dan Profesor Madya Dr Kamolwan Lueprasert.

    Pada bengkel empat hari itu merupakan salah satu inisiatif Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan sebagai persediaan bagi pelaksanaan dan pemantauan Higher Education Quality Assurance Framework (HEQAF).

    Turut hadir pada majlis tersebut, Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Jabatan Pengajian Tinggi, Awang Julaihi bin Mohamad, serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...