Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 22 Feb – Seramai 30 peserta Kursus Taklim ‘Tashawwuf’ hari ini menerima sijil tamat kursus selepas menjalani kursus selama empat hari di, di Dewan Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, di sini.
Kursus dipermudahkan oleh pegawai dari Bahagian Penyebaran Dakwah Pusat Dakwah Islamiah, Haji Imaharan bin Haji Metali itu disertai ahli Persatuan Wanita Daerah Belait, merupakan rancangan tahunan yang diadakan dua kali setahun.
Ia antara lain memberikan kefahaman dan meningkat-kan pengetahuan agama dalam ilmu tasawuf dan memperkukuhkan pengetahuan kerohanian.
Sepanjang kursus diadakan, peserta didedahkan dengan pengertian tasawuf, hukumnya, tujuan dan manfaat mempelajarinya, peranan hati, jenis-jenis maksiat dan sebagainya.