30 premis jual hidupan liar dilindungi diperiksa

TAWAU, 15 Mac – Jabatan Hidupan Liar (JHL) telah memeriksa 30 premis perniagaan dalam operasi mengesan mereka yang disyaki menjual hidupan liar tanpa kebenaran sejak 8 Mac hingga ke hari ini kata Pegawai JHL Tawau Sailun Aris.

Katanya hasil operasi dibuat mengikut Enakmen Pemerliharaan Hidupan Luar 1997 itu, pihaknya telah mengesan sebuah restoran yang didapati memiliki serta menjual daging rusa di daerah ini.

“Ada rampasan daging dilakukan, daging disyaki spesis haiwan yang dilindungi di bawah undang-undang,” katanya tanpa mendedahkan lebih lanjut maklumat kes tersebut ketika dihubungi, hari ini.

Sailun berkata operasi pemeriksaan itu melibatkan premis perniagaan di sekitar Jalan Sin Onn, kawasan Sabindo, termasuk kawasan Fajar dan Jalan Apas.

Katanya, operasi diketuai Ketua Unit Penguatkuasa JHL Tawau, Zulkifli Asiman itu akan diadakan berterusan bagi membanteras aktiviti menjual hasil serta pemerdagangan hidupan liar. – Bernama