30 rumah atas air musnah

SEMPORNA, 4 JUN – Kira-kira 30 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Sri Aman di sini, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata tiga jentera bersama 17  anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1:33 pagi.

“Bomba sampai di tempat kejadian empat minit kemudian dengan api marak membakar rumah.

“Anggota bomba berusaha memadamkan api menggunakan sumber air laut, pili bomba serta tangki jabatan air, sekali gus mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain dianggarkan 190 buah rumah lagi. Tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya. – Bernama