30 sertai Bengkel Baklava

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Lebih 30 orang berpeluang mempelajari budaya dan makanan dari Republik Islam Iran dengan menyertai Bengkel Baklava anjuran Kedutaan Republik Islam Iran di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

Bengkel sehari yang berlangsung di Kedutaan Republik Islam Iran itu diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Iran ke-41 tahun dan antara yang menyertai bengkel itu ialah Duta Besar Republik Islam Iran ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Homeira Rigi dan Presiden Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA), Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali.

Pada bengkel itu, Ashraf Aharifad dari Tehran, Iran yang berkemahiran dalam membuat kuih-kuih negara itu, berkongsi seterusnya menunjukkan cara membuat kuih Baklava.

Datin Hajah Masni ketika mencuba membuat Baklava sambil diperhatikan oleh PYT Homeira Rigi dan Ashraf Aharifad.
Kuih Baklava yang sudah siap dimasak.