Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    30 sertai taklimat kaji selidik kesihatan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Seramai 30 orang telah menyertai Taklimat Kaji Selidik Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan kali ke-3 yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan di Dewan Kediaman Rasmi, Daerah Tutong, hari ini.

    Taklimat disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan, Dr Norzawani binti Awang Ishak.

    Kaji selidik tersebut bertujuan membatu Kementerian Kesihatan untuk memastikan kelaziman dan trend penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) serta faktor risikonya dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini, khususnya faktor-faktor risiko yang berkaitan dengan pemakanan. Kaji selidik itu merangkumi dua fasa yang mana fasa pertama telah bermula pada 2 November dan akan dijalankan sehingga Januari 2023.

    Fasa pertama akan memfokuskan kepada faktor-faktor risiko umum dalam kalangan orang dewasa yang berumur di antara 18 hingga 69 tahun. Sementara itu, fasa kedua akan bermula pada bulan Februari hingga Mei 2023 dan akan menyasarkan isu-isu berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak dan para wanita.

    Taklimat juga telah diadakan di Daerah Belait baru-baru ini, yang telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan, Dr Shareefah Koh Kai Shing. Seramai 20 orang menghadiri taklimat terdiri daripada penghulu-penghulu dan ketua kampung bagi daerah tersebut.

    Sehubungan itu, orang ramai yang terpilih dipohonkan untuk memberikan kerjasama bagi menjayakan kaji selidik tersebut dan diharapkan akan dapat membantu Kementerian Kesihatan dalam mencegah kematian pramatang akibat NCD.

    Antara ketua kampung dan penghulu mukim yang hadir bagi mendengarkan taklimat tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...