Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    300 migran dari Sri Lanka diselamatkan di perairan Vietnam

    HANOI, 8 NOV – Lebih 300 orang yang dipercayai migran dari Sri Lanka telah diselamatkan di luar pesisir Vietnam selepas bot mereka mula dimasuki air, pihak berkuasa Vietnam berkata hari ini.

    Bot nelayan Lady 3 yang berbendera Myanmar itu mengalami masalah kira-kira 250 batu nautika di luar pesisir

    Vung Tau di selatan Thailand, menurut Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Maritim Vietnam yang menyatakan bahawa bot berkenaan dipercayai dalam pelayaran menuju Kanada, kira-kira 6,000 batu nautika merentasi Lautan Pasifik.

    “Terdapat masalah dengan bot itu, bermakna air mengalir masuk ke ruang enjin dan tidak dapat dibaiki sejak 5 November,” pusat itu menyatakan.

    Selepas kapten kapal meminta bantuan kelmarin, pihak berkuasa Vietnam meminta sebuah kapal berbendera Jepun yang berada berdekatan untuk menyelamatkan rakyat Sri Lanka berkenaan.

    Kapal berkenaan terapung-apung dengan ramai orang yang panik berkumpul di dek, menurut pusat itu lagi.

    Kesemua 303 orang, termasuk 20 orang kanak-kanak, dibawa dengan selamat ke Vung Tau. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan oleh agensi berita Vietnam kelmarin menunjukkan kru kapal Jepun menyelamatkan migran dari Sri Lanka di atas sebuah bot nelayan yang dimasuki air kira-kira 250 batu nautika pesisir Vung Tau, selatan Vietnam. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...