Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    300 pek makanan diagihkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Sebanyak 300 pek makanan telah diagihkan kepada keluarga kurang berkemampuan pada majlis penyerahan sumbangan secara pandu lalu di ruang VVIP Holding, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, hari ini.

    Pengagihan sumbangan berupa barangan asasi seperti beras, minyak dan barang makanan itu ditanggung oleh Turkis Cooperation and Coordination Agency (TIKA) atas permintaan Kedutaan Republik Turki di Negara Brunei Darussalam dan diselaraskan dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari. Turut menyampaikan agihan sumbangan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Prof Dr Hamit Ersoy yang menjelaskan bahawa pengagihan pek barangan makanan itu diharap dapat mengurangkan beban penerima semasa menyambut bulan Ramadan.

    “Ini adalah masa untuk kita sama-sama memeduli golongan yang memerlukan dan menghormati hak mereka di samping bertindak dengan cara yang terbaik mengikut Sunnah,” tambah Tuan Yang Terutama.

    TIKA mempunyai sejarah panjang dalam menyediakan bantuan di seluruh dunia dalam projek sosial, budaya dan pembangunan kolaboratif.

    Pada masa ini, agensi Turki itu terlibat dalam pelbagai aktiviti kerjasama pembangunan di 150 negara melalui 62 pejabat penyelarasan program yang terletak di 60 negara di lima benua.

    TYT Prof Dr Hamit Ersoy menyampaikan sumbangan kepada penerima pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...