300 pek makanan disumbangkan

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 13 OKT – Sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap usaha para petugas barisan hadapan semasa gelombang kedua penularan pandemik di negara ini, pihak pengurusan Restoran Ya-Nur telah menyumbangkan sebanyak 300 pek makanan kepada Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, hari ini.

Sumbangan makanan yang dimasak dan disediakan oleh restoran itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Pengiran Izzul Raihan bin Pengiran Abu Samah.

Sumbangan telah diserahkan oleh kakitangan Restoran Ya-Nur kepada perwakilan hospital berkenaan. Sebelum ini, pihak pengurusan restoran juga telah menghulurkan sumbangan kepada Pusat Pengasingan Kebangsaan, Tutong dan membantu mereka yang bertugas di barisan hadapan menentang COVID-19.

Kakitangan Restoran Ya Nur menyampaikan pek makanan kepada Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, kelmarin.