Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    300 pelajar hadiri Hari Shakespeare di Maktab Duli

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Seramai 300 orang pelajar sastera dari 11 buah sekolah menengah dan pusat tingkatan enam di seluruh negara telah menghadiri Hari Shakespeare yang dihoskan oleh Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), di sini, hari ini.

    Hari Shakespeare itu dihadiri oleh Pegawai Kluster 1 di Jabatan Sekolah-sekolah, Haji Affendy bin Haji Kassim dan Pemangku Pengetua Maktab Duli, Hajah Monaliza binti Haji Abdul Halim.

    Antara lain tujuan acara berkenaan diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran akan penting dan relevannya mempelajari sastera Bahasa Inggeris termasuk menyediakan bantuan praktikal untuk pelajar mempelajari Shakespeare dalam persiapan peperiksaan sastera mereka.

    Haji Affendy menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang guru yang menyertai acara tersebut.
    Haji Affendy menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang guru yang menyertai acara tersebut.
    Antara para pelajar yang hadir pada Hari Shakespeare di Maktab Duli.
    Antara para pelajar yang hadir pada Hari Shakespeare di Maktab Duli.

    Pada Hari Shakespeare itu, pelajar berpeluang mendapat pengetahuan baru selain berkongsi idea dan mempelajari pendekatan yang berbeza terhadap kajian Shakespeare melalui pelbagai aktiviti dan bengkel yang dipimpin oleh guru-guru dari beberapa buah sekolah yang menyertai acara tersebut.

    Antara aktiviti yang memainkan peranan adalah persembahan pentas oleh pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah yang mana ia dapat menggalakkan sikap positif terhadap persembahan yang disampaikan dan bukan hanya sekadar belajar saja.

    Acara yang berlangsung di auditorium maktab itu dianjurkan oleh Bahagian Bahasa Inggeris dan Sastera maktab berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda