Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    3,000 surat tawaran IPT MARA dikeluarkan

    KUCHING, 17 JULAI – Hampir 3,000 surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi MARA tahun ini telah dikeluarkan secara terus kepada pelajar yang layak menerusi Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2022, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II Datuk Hasbi Habibollah.

    Beliau berkata surat tawaran yang dikeluarkan terdiri daripada pelbagai peringkat program pendidikan seperti program diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana, malah ada juga tawaran untuk belajar ke luar negara.

    Beliau seterusnya menyeru anak Sarawak untuk merebut peluang bagi mendapat maklumat mengenai laluan pendidikan dan kemudahan yang disediakan MARA. 

    “Anak Sarawak perlu rebut peluang ini agar dapat meningkatkan tahap akademik masing-masing, sekali gus mampu menyumbang kepada perubahan sosioekonomi keluarga kelak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Karnival IPMA 2022 di sini hari ini.

    Menurutnya, Karnival IPMA telah diadakan sejak 18 Jun lepas, di Sabah, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Perak. – Bernama

    Datuk Hasbi Habibollah (lima, kanan) ketika melawat ruang pameran pada Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2022, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...