30,000 khinzir mati dijangkiti demam

JAKARTA, 19 DIS – Puluhan ribu khinzir telah mati akibat demam khinzir Afrika di wilayah Sumatera Utara, Indonesia, kata para pegawai hari ini, yang pertama kali virus itu telah dikesan di negara tersebut.

Penyakit itu telah menjejaskan ternakan khinzir di China dan di tempat lain di Asia dan pada awalnya pihak berkuasa Indonesia menyatakan 27,000 ekor khinzir mati akibat kolera – virus berbeza dengan simptom serupa.

Namun seorang pegawai dari Kementerian Pertanian Indonesia, Fadjar Sumping Tjatur Rasa memberitahu AFP yang ujian makmal telah mencatatkan bukti demam khinzir Afrika berlaku di 16 buah bandar di Sumatera Utara.

“Ia tidak pernah berlaku sebelumnya di Indonesia,” tambahnya.

Walaupun virus itu tidak menjangkiti manusia, ia penyebab hampir 100 peratus kematian khinzir.

Walaupun Indonesia negara paling ramai penduduk Islam di dunia dengan memakan khinzir diharamkan bagi orang Islam – negara itu juga mempunyai masyarakat Kristian di Sumatera Utara dengan Bali sebuah pulau Hindu yang terkenal dengan hidangan khinzir panggang. – AFP