Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    300kg dadah dirampas tahun lalu

    CANBERRA, Australia, 14 Mac – Polis Federal Australia telah merampas lebih daripada 300 kilogram dadah dan 430 senjata di lapangan terbang negara itu dalam tahun 2016, menurut Menteri Keadilan, Michael Keenan hari ini.

    Dalam satu siaran akhbar kepada media, Keenan berkata rampasan itu adalah yang terbesar dalam empat tahun.

    “Sydney dan Melbourne, lapangan terbang paling sibuk di negara itu, menjadi tempat majoriti rampasan dadah berkenaan.”

    “Bahan-bahan perangsang, seperti syabu, amphetamines, ekstasi, kekal menjadi jenis-jenis dadah yang paling banyak dirampas. Kokain pula dadah kedua paling lazim dirampas, diikuti sedatif, candu dan ganja,” tambahnya.

    “Buat pertama kali dalam empat tahun lepas, lebih daripada satu juta dolar telah dirampas di lapangan-lapangan terbang kita dalam tahun 2016, melebihi jumlah rampasan empat tahun yang lalu.”

    Keenan berkata ini merupakan tindakan pantas unit-unit K9 Polis Federal Australia dalam menghentikan ribuan dolar wang haram sebelum terlepas di jalanan.

    “Statistik-statistik ini menunjukkan pendekatan berbilang cabang kami dalam mengawal sempadan-sempadan kami begitu efektif. Menghentikan dadah-dadah haram dan senjata-senjata untuk berada di jalanan kita adalah salah satu keutamaan tertinggi saya sebagai Menteri Keadilan,” tegasnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda