Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    31 belum berdaftar TAP, SCP

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Pegawai-pegawai pemeriksa Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah menjalankan pemeriksaan ke atas 166 premis majikan dan mendapati 31 orang pekerja tempatan masih belum didaftarkan di bawah Skim TAP dan SCP.

    Majikan yang gagal menunjukkan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa lawatan berkenaan, telah pun diarahkan untuk membuat perjumpaan ke pejabat TAP bagi tindakan selanjutnya dan memastikan pekerja-pekerja berkenaan didaftarkan serta dicarumkan.

    Hasil pemeriksaan itu adalah siri lawatan ke premis-premis perniagaan di sekitar kawasan Mukim Sengkurong yang dikendalikan oleh Unit Penguatkuasaan, TAP dalam siri lawatan selama tiga hari, baru-baru ini.

    Lawatan itu bertujuan memastikan majikan telah menjalankan tanggungjawab dalam urusan pendaftaran dan pembayaran caruman pekerja-pekerja tempatan ke Skim TAP dan SCP.

    TAP mengingatkan majikan mengenai tanggungjawab mereka untuk mendaftarkan dan membayar caruman pekerja-pekerja yang layak ke Skim TAP dan Skim SCP.

    Pekerja tetap, pekerja sementara, pekerja berkontrak, pekerja bergaji hari dan pekerja dalam tempoh percubaan yang terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang mencukupi syarat adalah wajib didaftarkan dan dicarumkan ke Skim TAP dan Skim SCP.

    Di bawah Bab 26, Akta Amanah Pekerja, jika sabit kesalahan, majikan boleh didenda tidak kurang $3,000 bagi kesalahan pertama dan tidak lebih $10,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

    Pekerja yang ingin membuat sebarang aduan mengenai caruman yang tidak dibayar atau belum didaftarkan, boleh mengunjungi mana-mana cawangan TAP yang berdekatan atau menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian, 2382929 semasa waktu bekerja.

    Bagi ahli yang telah berdaftar ke perkhidmatan atas talian TAP, e-Amanah, aduan boleh dibuat dengan mendaftar masuk ke akaun ahli melalui laman sesawang TAP, www.tap.com.bn.

    Pegawai TAP semasa menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis baru-baru ini. – Gambar serahan TAP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...