BANGKOK, 6 Ogos – Angka kematian insi-den empangan runtuh di selatan Laos pada 23 Julai lalu meningkat kepada 31 orang, menurut jurucakap pegawai hari ini, dengan beberapa orang dilaporkan masih hilang selepas banjir yang menenggelamkan beberapa kampung dan tanah pertanian.
Menurut pihak berkuasa di selatan wilayah Attapeu, jumlah kematian dijangka terus bertambah, beberapa minggu empangan selepas itu runtuh, menyebabkan banjir yang menenggelamkan beberapa wilayah.
“Dalam operasi yang dijalankan sejak beberapa hari lalu, pihak berkuasa berjaya menemui beberapa lagi mayat, sekali gus meningkatkan angka kematian, selain jumlah yang masih hilang kepada 130 orang,” timbalan gabenor Attapeu, Ounla Xayasith kepada wartawan, semalam.
Jumlah mangsa yang terkorban dan hilang sentiasa berubah sejak kejadian itu berlaku, malah pihak berkuasa serta media sering melaporkan maklumat yang berbeza.
Pembinaan empangan yang membabitkan kos AS$1.2 bilion itu adalah hasil usaha sama firma dari Korea Selatan, Laos dan Thailand.
Empangan itu roboh selepas hujan lebat dan menenggelamkan beberapa puluh buah kampung di wilayah miskin Laos.
Rumah-rumah dan ladang-ladang telah dibanjiri dengan serta-merta dan penduduk yang panik berlari ke kawasan hutan atau naik ke atas bumbung rumah untuk berlindung selepas tidak diberikan amaran mengenai banjir yang akan berlaku. – AFP