Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    311 pelajar SMALHB terima sijil

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Seramai 311 pelajar Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) telah diraikan dalam Majlis Hafl Al-Takharruj ke-28 yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Serudin bin Haji Timbang yang seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar yang diraikan.

    Majlis Hafl Al-Takharruj merupakan majlis penghargaan bagi pelajar-pelajar yang telah lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan BC GCE A Level. 

    Pada majlis itu, seramai 215 orang pelajar menerima sijil STPUB dan 73 orang pelajar menerima sijil BC GCE A Level sahaja, manakala seramai 23 orang pelajar yang mengambil dua jurusan, iaitu jurusan Arab dan umum, menerima kedua-dua sijil STPUB dan BC GCE A Level bagi 2021.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian Hadiah Anugerah Khas dan Hadiah Pelajar Mithali.

    Antara tujuan majlis berkenaan adalah untuk memberigakan dan memartabatkan pendidikan Islam dan Arab kepada masyarakat Negara Brunei Darussalam di samping menzahirkan kegembiraan, kesyukuran dan penghargaan atas kejayaan pelajar dalam peperiksaan STPUB dan BC GCE A Level serta memotivasikan pelajar-pelajar SMALHB untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

    Haji Serudin menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar yang diraikan pada majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini.
    Antara pelajar yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...