3,176 kematian dalam 24 jam di AS

WASHINGTON, 24 APRIL – COVID-19 telah membunuh hampir 50,000 orang di Amerika Syarikat (AS), dengan kes kematian tertinggi dalam sehari sebanyak 3,176 kematian, menurut satu laporan hari ini dari Universiti Johns Hopkins.

Kematian dicatat dalam 24 jam, menjadikan jumlah kematian COVID-19 di AS sebanyak 49,759, menurut universiti yang berpusat di Baltimore itu.

AS, negara yang paling teruk dilanda COVID-19 di dunia, kini mempunyai 866,646 kes yang disahkan positif, meningkat 26,971 berbanding sehari sebelumnya.

Kerana kekurangan ujian, jumlah jangkitan sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi.

Minggu lalu, negara itu mencatatkan jumlah kematian tertinggi selama dua hari berturut-turut sebanyak 4,591 pada hari khamis dan 3,856 pada hari Jumaat.

Tetapi jumlah tersebut diyakini kemungkinan kematian akibat COVID-19 yang sebelumnya tidak termasuk dalam kiraan tersebut.

Jumlah korban semalam sebanyak 3,176 merupakan yang tertinggi, menjadikan angka kematian seluruh dunia hampir 190,000 nyawa akibat koronavirus membinasakan itu. – AFP

Mayat yang dihantar ke rumah pengebumian di Brooklyn pada 23 April di New York City. New York City merupakan bandar paling teruk di Amerika terjejas akibat COVID-19. – AFP