Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    32 dijangkiti virus chikungunya

    MOMBASA, 9 Jan – Sejumlah 32 orang telah dimasukkan ke beberapa hospital umum di Daerah Mombasa, Kenya selepas dijangkiti virus chikungunya.

    Gabenor Daerah Mombasa, Hassan Joho semalam melancarkan lima kenderaan kawalan vektor dengan mesin dan bahan kimia baharu untuk mengasapi kediaman di kawasan itu selepas penularan wabak tersebut mendatangkan ancaman kepada lebih ramai penduduk.

    Kurang tiga bulan lepas, Daerah Mombasa terpaksa bergelut dengan penularan wabak kolera yang menyaksikan berpuluh-puluh orang dimasukkan ke hospital dan beberapa tempat makan di kawasan itu diarah tutup. Jabatan kesihatan daerah itu kelmarin mengeluarkan satu laporan berhubung penularan virus chikungunya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda