HANOI, 6 Okt – Kira-kira 31.8 juta pekerja berusia 15 tahun ke atas di Vietnam teruk terjejas akibat COVID-19 dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, lapor agensi berita Xinhua, memetik Pejabat Statistik negara hari ini.
Sebanyak 68.9 peratus menerima upah lebih sedikit, 40 peratus mengalami pengurangan waktu bekerja manakala 14 peratus lagi diberi cuti atau menghentikan aktiviti perniagaan dan pengeluaran.
Pekerja di sektor perkhidmatan paling teruk terjejas iaitu sebanyak 68.9 peratus, diikuti di sektor industri dan pembinaan, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan. Dalam tempoh itu juga terdapat hampir 1.2 juta penganggur, meningkat 132,100 tahun ke tahun. – Bernama





























