Friday, December 9, 2022
22.4 C
Brunei

-

32 kanak-kanak terbunuh insiden rempuhan di stadium

MALANG, INDONESIA, 3 OKT – Sekurang-kurangnya 32 orang kanak-kanak terbunuh dalam insiden rempuhan di stadium Indonesia, menurut kenyataan pegawai hari ini, ketika kerajaan mengarahkan polis untuk mengenal pasti ‘pelaku’ dalam salah satu tragedi terburuk dalam sejarah bola sepak.

Tragedi yang berlaku pada Sabtu malam di bandar Malang telah meragut 125 jiwa dan 323 lagi mengalami kecederaan selepas polis bertindak melepaskan gas pemedih mata di stadium yang penuh sesak untuk menghentikan penceroboh padang, sehingga mencetuskan kejadian rempuhan.

Puluhan kanak-kanak terperangkap dalam kekacauan telah terbunuh, menurut kenyataan daripada Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak kepada AFP, hari ini.

“Hasil data terkini yang kami terima, daripada 125 orang yang maut dalam kemalangan itu, 32 daripadanya adalah kanak-kanak, dan mangsa yang paling muda merupakan seorang budak berumur tiga atau empat tahun,” menurut kenyataan.

Ketika kemarahan memuncak terhadap polis, Menteri Ketua Keselamatan Indonesia, Mahfud MD mengumumkan bahawa satu pasukan petugas telah ditubuhkan untuk menjalankan siasatan.

Penyokong kelab Arema FC meletakkan jambangan bunga untuk mangsa rempu-han perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang, Sabtu lalu. – AP

“Kami meminta polis negara untuk mencari pelaku yang melakukan jenayah ini dalam masa beberapa hari,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan.

“Kami meminta mereka untuk mengambil tindakan terhadap mereka dan juga berharap polis negara untuk menilai prosedur keselamatan mereka.”

Tragedi berlaku apabila peminat tuan rumah pasukan Arema FC menyerbu ke padang di Stadium Kanjuruhan selepas pasukan mereka tewas 3-2 kepada seteru terdekat, Persebaya Surabaya.

Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata, menyebabkan penonton berlari ke pintu masuk yang kecil di mana ramai daripada mereka terpijak atau sesak nafas, menurut saksi.

Polis menyifatkan insiden itu sebagai rusuhan dan berkata dua pegawainya terbunuh, namun mangsa yang terselamat menuduh mereka bertindak berlebihan dan mengakibatkan kematian di kalangan penonton. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -