Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    32 Pasukan bakal berentap di piala FA Brunei

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Sebanyak 32 pasukan mewakili kelab liga dan bukan liga akan mengambil bahagian dalam kejohanan Piala FA Brunei 2022, yang akan bermula pada 6 Ogos nanti.

    Juara kejohanan 2019, Kota Ranger FC, telah diundi di dalam kumpulan C bersama dengan pesaing Liga Super Brunei (BSL), Wijaya FC, Bang Dalam FC dan Almerez FA.

    MS ABDB pula diundi di dalam kumpulan B bersama dengan Bakes FC, HR FT dan Hawa FT.

    Selain itu, juara pada tahun 2004, pasukan pilihan utama telah diundi di dalam kumpulan E bersama dengan pasukan IKLS-MBS FC, Nelayan FT dan Seri Wira.

    Admirul Redstar FC akan meng-gantikan tempat Pertama FC dari Daerah Tutong berikutan dengan penarikan diri mereka daripada kejohanan tersebut.

    Pengiran Haji Matusin semasa menyempurnakan acara pengundian kumpulan bagi kejohanan Piala FA Brunei yang akan berlangsung pada Ogos nanti.

    Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya menyeru kepada kelab tempatan untuk memberikan saingan terbaik ketika persatuan tersebut ingin mencari pemain yang bakal mewakili pasukan kebangsaan.

    “Baru-baru ini, pasukan kebangsaan telah menjalani latihan di Arab Saudi, di mana mereka menyaksikan saingan dengan prestasi permainan yang berbeza berbanding dengan
    pasukan-pasukan di Asia Tenggara,” katanya.

    “Walau bagaimanapun, tujuan kami melatih adalah untuk meningkatkan tahap prestasi pasukan kebangsaan,” tambahnya.

    Selain itu, presiden FABD juga menekankan agar para jurulatih untuk berusaha dalam menghasilkan pemain berbakat, di mana para pemain akan membawa matlamat peribadi bermain dalam pasukan kebangsaan.

    “Ia adalah sangat penting bagi para pasukan untuk memberi para pemain peluang bagi mempamerkan prestasi terbaik mereka dengan mengadakan latihan dan persiapan,” katanya lagi.

    Juara bagi Piala FA Brunei ini akan menjadi pasukan yang akan mewakili negara dalam Piala Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) yang akan diadakan pada tahun depan, dengan syarat mereka memenuhi kriteria-kriteria tertentu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...