Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    32 peserta bengkel sastera terima sijil

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Dalam usaha untuk mewujudkan budaya kritikan penuh kreatif, seramai 32 orang peserta telah berjaya menamatkan Bengkel Kritikan Sastera dan menerima sijil pada majlis penutup yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan ialah Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

    Pembimbing bengkel iaitu Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia, Profesor Madya Dr Tengku Intan Marlina binti Tengku Mohd Ali dalam ucapannya menyatakan harapan agar ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa bengkel itu akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam mewujudkan budaya kritikan penuh kreatif dan pemikiran yang kreatif terhadap karya sastera.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan sijil penyertaan kepada pembimbing serta peserta bengkel oleh Awang Suip.

    Bengkel tiga hari bermula 11 September lalu itu disertai oleh seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, mahasiswa institut pengajian tinggi dan peserta persendirian termasuk mereka yang pernah menyertai Peraduan Menulis Kritikan Sastera Bahana DBP.

    Ia merupakan kegiatan berbentuk bimbingan untuk meningkatkan kemahiran, keupayaan pemahaman dan penguasaan karya sastera dengan penerapan teori dan konsep kritikan sastera.

    Awang Suip menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta bengkel pada majlis yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, kelmarin. – Gambar oleh Sim Y. H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...