Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    3,200 isi rumah terpilih dalam KTK

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Kira-kira 3,200 isi rumah terpilih bagi Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2022 dengan kajian dijalankan selama empat minggu bermula 14 November hingga 11 Disember.

    Kajian itu dikendalikan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan isi rumah terpilih telah dimaklumkan melalui surat makluman yang mana ketua dan ahli isi rumah akan ditemuduga secara bersemuka oleh pegawai-pegawai kajian yang dilantik. Hasil yang diperoleh melalui TKT 2022 akan memberikan maklumat yang penting untuk membuat keputusan, perancangan dan penyediaan dasar yang berasas bagi keperluan perancangan sosio-ekonomi dan penyelidikan.

    Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama semua keluarga terpilih dalam memberikan maklumat yang tepat dan lengkap adalah sangat diharapkan bagi sama-sama menjayakan kajian itu. Ketua isi rumah yang terlibat disarankan untuk menyediakan awal maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan setiap ahli isi rumah serta ciri-ciri peribadi lain termasuk pendidikan dan pekerjaan seperti jawatan, tempat bekerja, jam bekerja dan sebagainya.

    Menurut Seksyen 9, Akta Perangkaan, kegagalan atau keengganan untuk memberikan maklumat yang diperlukan atau memberikan maklumat palsu adalah menjadi satu kesalahan menurut Akta Perangkaan, Penggal 81, yang membawa hukuman denda sebanyak $4,000. Maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan hanya akan digunakan bagi maksud perangkaan menurut Seksyen 6 di dalam akta yang sama.

    Keluarga yang terpilih adalah diingatkan supaya memastikan penemuduga yang datang membuat lawatan adalah pegawai kajian yang telah dilantik melalui pas kajian, surat lantikan dan kad pengenalan mereka serta vest rasmi JPES. Oleh itu, mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai KTK 2022, boleh menghubungi JPES melalui 2233344 sambungan 462 atau melalui e-mel,info.statistics@jpes.gov.bn, laman sesawang, deps.mofe.gov.bn dan instagram, @statistics.jpes.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...