324 lagi sampel SARS-CoV-2 diuji

Oleh SimY.H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Sebanyak 324 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 35,793 ujian.

Sementara itu, Negara Brunei Darussalam terus mencatatkan sifar kes baharu jangkitan COVID-19 dan jumlah keseluruhan kes di Negara Brunei Darussalam kekal pada 141 orang dengan jumlah kes yang sembuh kekal pada 138 orang dan tiga kematian. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini, mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, jumlah mereka yang sedang menjalani pengasingan diri mandatori ialah seramai 457 orang dan jumlah mereka yang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020 ialah seramai 3,364 orang.

Bagi orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, mereka boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi, healthinfo.gov.bn.