33 maut banjir di Niger

ABIDJAN, 14 OGOS – Seramai 33 orang terbunuh di Niger dan lebih daripada 80,000 orang terjejas dalam kejadian banjir akibat hujan lebat, kata perkhidmatan kecemasan negara itu semalam.

Kawasan yang paling teruk dilanda banjir adalah Maradi di selatan Niger, Tahoua dan Tillaberi di barat, dan Dosso di barat daya.

Menurut pegawai perkhidmatan kecemasan negara itu, pelbagai barangan seperti beras, pakaian, tikar, selimut dan sabun diedarkan kepada mangsa.

Berikutan kejadian itu, Sungai Niger dan saluran air lain turut pecah dan perkhidmatan cuaca meramalkan ribut dijangka melanda di beberapa negara miskin di Afrika Barat itu dalam tempoh beberapa hari lagi. – AFP