33 pain darah dikumpul

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Aman Optimum Fitness Centre dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha hari ini telah menganjurkan kempen derma darah yang berlangsung di Kompleks Aman, Kampung Sungai Tilong.

Sebanyak 33 pain darah daripada 33 penderma darah telah berjaya dikumpulkan semasa kempen kali pertama anjuran pusat tersebut yang bermatlamat untuk menanam sikap bertanggungjawab dalam kalangan individu untuk membantu golongan memerlukan.

Antara mereka yang menderma darah di Kompleks Aman, Kampung Sungai Tilong baru-baru ini.