33 tentera terbunuh, NATO adakan rundingan segera

BRUSSELS, 28 FEB – Majlis pemerintah NATO akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan krisis di Syria setelah sekurang-kurangnya 33 tentera Turki terbunuh dalam serangan udara yang telah yang dipersalahkan ke atas Damsyik.

“Majlis Atlantik Utara, diwakili dari 29 sekutu NATO, akan mengadakan pertemuan hari ini berikutan permintaan Turki untuk mengadakan rundingan di bawah Artikel 4 Perjanjian Washington NATO mengenai situasi di Syria,” menurut sekutu NATO dalam satu kenyataan.

Di bawah Artikel 4, mana-mana ahli NATO boleh meminta rundingan apabila mereka percaya ‘integriti wilayah, kebebasan politik atau keselamatan’ mereka terancam.

Ia adalah berbeza dengan Artikel 5 pakatan yang mempertahankan diri, yang merujuk kepada serangan ke atas wilayah bagi mana-mana ahli NATO.

Puluhan lagi tentera Turki cedera dalam serangan udara di Idlib Syria, di mana Presiden Bashar al-Assad berusaha untuk menghapuskan kubu pemberontak yang terakhir.

Kematian berlaku seminggu selepas ketegangan yang semakin meningkat antara sekutu Ankara dan sekutu Damsyik, Moscow yang kini telah membunuh 53 anggota keselamatan Turki di wilayah itu bulan ini.

Ketua NATO, Jens Stoltenberg menggesa kedua-dua pihak meredakan ketegangan, mengutuk serangan udara yang tidak bertangunggjawab itu dalam panggilan telefon kepada Menteri Luar Negeri Turki, Mevlut Cavusoglu.

Ankara telah mengadakan perbincangan di bawah Artikel 4 beberapa kali dalam beberapa tahun kebelakangan, dua kali pada tahun 2012 selepas salah satu jetnya ditembak oleh pasukan Syria dan sekali pada tahun 2015 selepas serangan pengganas di Turki.

Selepas insiden 2012, NATO bersetuju untuk menggunakan peluru Patriot di Turki sebagai langkah pertahanan. – AFP

Kelihatan asap tebal selepas serangan udara di bandar Saraqeb, di wilayah Idlib, Syria. – AP