Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    332 murid TASKA YSHHB dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Seramai 332 murid Taman Asuhan (TA) Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) iaitu TA 1 dan 2 telah diraikan pada majlis penyampaian hadiah dan sijil akademik di Dewan TASKA, kelmarin.

    Selain menghargai usaha gigih murid-murid yang diraikan, majlis itu juga sebagai sumber inspirasi, motivasi dan dorongan kepada mereka untuk terus berusaha, komited dan berdedikasi dalam pembelajaran.

    Majlis berkenaan diadakan secara berasingan yang mana pada sebelah pagi menyaksikan 58 murid TA 1 menerima sijil, sementara 174 murid TA2 pada sebelah petang.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid TA 1 ialah Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), YSHHB, Pengiran Hira bin Pengiran Haji Mohd Omar.

    Sementara itu, menyampaikan hadiah dan sijil selaku tetamu kehormat kepada murid TA2, Pengerusi PIBG, YSHHB, Hajah Suciyati binti Haji Sulaiman.

    Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah bagi kategori Anugerah Best Achievement dan kategori Anugerah Best Progress.

    Terdahulu, Pengetua TASKA, Hajah Mariam binti Haji Ladi dalam ucapannya antara lain mengongsikan pencapaian akademik, literasi dan numerasi, ko-kurikulum serta sahsiah diri murid TA1 dan TA2.

    Beliau menjelaskan TASKA YSHHB sentiasa mementingkan kualiti pendidikan awal sebagai asas kepada pembangunan insan yang holistik dengan sahsiah yang tinggi.

    Acara dimeriahkan dengan persembahan konsert murid-murid TA 1 dengan tajuk Sayangi dan Hormati Ibu Bapa, sementara murid-murid TA 2 pula mengadakan persembahan bertajuk Kisah-kisah Klasik Kanak-kanak Mengenai Keberanian dan Imaginasi.

    Pengiran Hira semasa menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid TA 2 yang diraikan di majlis itu. – GAMBAR SERAHAN TASKA YSHHB
    Persembahan daripada murid TA 2 dengan tajuk Kisah-kisah Klasik Kanak-kanak Mengenai Keberanian dan Imaginasi. – GAMBAR SERAHAN TASKA YSHHB
    GAMBAR SERAHAN TASKA YSHHB
    GAMBAR SERAHAN TASKA YSHHB
    GAMBAR SERAHAN TASKA YSHHB
    GAMBAR SERAHAN TASKA YSHHB
    GAMBAR SERAHAN TASKA YSHHB
    GAMBAR SERAHAN TASKA YSHHB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda