Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    34.1 peratus kanak-kanak diinokulasi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Sebanyak 1,123 dos vaksin telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 14,641 dos iaitu 34.1 peratus daripada kanak-kanak di dalam kumpulan umur tersebut.

    Sementara itu, liputan bagi penduduk negara ini yang telah menerima tiga dos vaksin adalah pada kadar 63.8 peratus, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah hari ini.

    Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

    Menurut Yang Berhormat Dato, sebanyak 150 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan hari ini, iaitu 139 kes hasil ujian ART dan 11 kes adalah hasil dari 910 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 140,873 kes,” katanya.

    Beliau seterusnya menyatakan bahawa terdapat dua kes dalam kategori 5 dan tiada kes dalam kategori 4.

    “Sebanyak 114 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 139,523 kes,” jelasnya.

    Manakala jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,132 kes iaitu 22 kes sedang dirawat di hospital manakala 1,110 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambahnya.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua semasa sidang media tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...