34 dari 158 banduan ditangkap semula

MANILA, Filipina, 5 Jan – Pasukan keselamatan Filipina telah menangkap semula 34 daripada 158 banduan yang melarikan diri selepas pemberontak Islam bersenjata yang disyaki menyerbu sebuah penjara di selatan negara, kata pegawai hari ini.

Polis berkata seorang pengawal terkorban dalam pertempuran senjata awal, sementara lima banduan yang menentang ketika ditangkap terbunuh semasa operasi pemburuan. Seorang pegawai kampung yang dipercayai melepaskan tembakan semasa berdepan dengan polis juga terbunuh.

Serangan ke atas Penjara Daerah Utara Cotabato di Kidapawan berlaku sebelum Subuh kelmarin apabila lebih 100 lelaki bersenjata berat telah memudahkan para banduan lari dari penjara.

Penjara itu telah menahan 1,511 banduan, termasuk pemberontak berdepan tuduhan pembunuhan bagi siri pengeboman di wilayah itu, kata pegawai. Ia adalah serangan ketiga ke atas kemudahan penjara wilayah sejak 2007. – AP