34 kru kapal persiaran diuji positif

TOKYO, 22 APRIL – Sekurang-kurangnya 34 anak kapal yang menaiki kapal persiaran yang berlabuh di bandar Nagasaki di Jepun telah diuji positif koronavirus, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.

Costa Atlantica pertama kali tiba di Nagasaki pada bulan Januari untuk menjalani pembaikan, dengan jurucakap pemerintah tertinggi Yoshihide Suga mengatakan kira-kira 600 anak kapal berada di dalamnya.

Pada hujung minggu, pengendali kapal itu menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk meminta bantuan bagi menguji kes yang disyaki di dalam kapal. Empat ujian awal yang dilakukan dalam kapal itu menunjukkan jangkitan pertama dikesan pada Isnin lalu, dengan ujian tambahan di antara 57 anak kapal yang menemui sejumlah 34 kes hari ini.

“Banyak jangkitan telah disahkan di dalam kapal berkenaan,” kata gabenor Nagasaki Hodo Nakamura kepada wartawan hari ini.

“Kami berharap mereka dapat pulang dalam keadaan sihat secepat mungkin. Kami juga akan meminta bantuan kerajaan.”

Nakamura berkata, mereka yang dijangkiti dan anak kapal lain masih berada di dalam kapal, sambil menambah bahawa pengendali kapal itu telah memberitahu pegawai tempatan bahawa anggota kru kini menjalani pengasingkan diri.

Tetapi sekurang-kurangnya 130 bertugas untuk menjaga fungsi asas kapal, tambah pegawai Nagasaki.

Pegawai Jepun belum menaiki kapal, dengan ujian yang dilakukan oleh pegawai perubatan dalam kalangan anak kapal menggunakan alat yang disediakan oleh kemudahan perubatan tempatan.

Lebih banyak perancangan, peralatan dan kakitangan terlatih diperlukan sebelum mereka dapat menaiki kapal, kata pegawai. – AFP

Gambar fail pada 21 April menunjukkan Costa Atlantica ketika berlabuh di pelabuhan Nagasaki, Jepun. Sekurang-kurangnya 34 anak kapal yang menaiki kapal berkenaan telah diuji positif koronavirus, kata pihak berkuasa tempatan kelmarin. – AP