LUBUMBASHI, DR CONGO, 28 SEPT – Seramai 34 orang, termasuk kanak-kanak, terbunuh apabila sebuah trak dipandu pemandu mabuk terbalik di sebuah bukit di Republik Demokratik Congo.
Trak itu, membawa 93 penumpang, sedang menaiki bukit apabila ia menjadi perlahan dan terbalik pada petang Isnin, membunuh 33 orang di tempat kejadian.
Terdapat 16 kanak-kanak yang maut, kata Celestine Lundanda Panga, pegawai tempatan di bandar Lubudi di wilayah Lualaba, lokasi kemalangan berlaku.
“Dia mempunyai beberapa botol minuman keras dalam trak. Saya mengarahkan dia ditahan,” kata Lundanda. Trak juga membawa sebuah bas mini dan kargo apabila ia terbalik pada kira-kira 6:30 petang. – AFP