Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    35 ahli PBSM terima tauliah pangkat

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Seramai 35 orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Brunei Darussalam telah menerima pentauliahan pangkat pada majlis pelantikan yang berlangsung di Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint, Gadong, hari ini.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian Pingat Kehormatan kepada penaja utama bagi operasi COVID-19 dan surat lantikan ahli Jawatankuasa Sumber Dana dan Projek Khas.

    Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Allah Peliharakan Sultan sebelum pengumuman lantikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan oleh setiausaha agung.

    Mengetuai senarai penerima sijil pelantikan ialah Datin Hajah Dayang Hasnah binti Haji Ibrahim sebagai ahli kehormat, Dayang Lailatul Zubaidah binti Hussain selaku penasihat undang-undang PBSM dan Dayangku Rodzi binti Pengiran Haji Abdul Rahman sebagai timbalan setiausaha agung II.

    Hadir bagi menyampaikan tauliah pangkat berkenaan ialah Presiden PBSM, Pengiran
    Dato Paduka Haji Mohd Yussof bin Pengiran Haji Bahar yang kemudiannya menyampaikan tauliah pangkat kepada sembilan Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan sembilan ahli untuk Pejabat Timbalan Presiden dan 11 ahli Jawatankuasa Unit Daerah (Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong).

    Setelah selesai, para penerima kemudiannya melaksanakan angkat sumpah akujanji.

    Berikutan itu, majlis diteruskan dengan penyampaian Pingat Kehormatan kepada penaja utama yang didahului oleh Malcolm Lim dari Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, diikuti dengan Haji Abdul Rahman bin Haji Metassim dari Syarikat Malar Setia, Lee Chait Kiant dari SKH Sdn Bhd, Ngu Goh Hui dari Master Solution Sdn Bhd, Ting Kah Ong dari Sagaria Sdn Bhd dan Hitesh Bhawane dari YMRM Sdn Bhd.

    Hadir bagi menyampaikan pingat tersebut ialah ahli Kehormat PBSM, Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah yang kemudiannya menyampaikan surat lantikan kepada ahli jawatankuasa Sumber Dana dan Projek Khas iaitu Eugene Loh, Soon Sunthorn, Ngu Goh Hui, Khoo Hok Kim dan Ngui Pohh Fook @ William.

    Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussof menyampaikan sijil dan tauliah pangkat kepada salah seorang penerima.
    Haji Mohammad Yusri menyampaikan Pingat Kehormatan PBSM kepada penaja utama operasi COVID-19.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...