Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

35 belia KENABIN berkunjung ke Istana Nurul Iman

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 30 Jun – Rombongan seramai 35 orang Belia KENABIN Masjid RPN Bukit Beruang telah berkunjung ke Istana Nurul Iman bagi menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja yang lain, kelmarin.

Menurut Pengerusi Belia KENABIN, Awang Mohd Padini bin Ta’ai yang turut menyertai rombongan, kunjungan tersebut merupakan kali ketiga diadakan dan belia-belia KENABIN yang terdiri daripada belia-belia RPN Bukit Beruang, merasa amat teruja kerana ingin bersua muka bersama Baginda Sultan dan kaum kerabat diraja yang lain.

Awang Mohd Padini juga menjelaskan, ada di antara belia-belia KENABIN merasa sangat gembira kerana baru pertama kali masuk ke Istana Nurul Iman dengan dihidangkan juadah makanan yang istimewa serta berpeluang memiliki cenderahati dari istana dan sebilangan belia-belianya juga menerima sampul hijau dari istana.

Dengan adanya kunjungan ke Istana Nurul Iman, ia diharap dapat memberikan pengalaman yang manis kepada belia-belia untuk sama-sama menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama kerabat diraja yang lain di samping sebagai ingatan bersama belia-belia lain apabila dewasa nanti.

Antara belia-belia KENABIN Masjid RPN Bukit Beruang yang ikut serta berkunjung ke Istana Nurul Iman di hari terakhir istana terbuka.
Antara belia-belia KENABIN Masjid RPN Bukit Beruang yang ikut serta berkunjung ke Istana Nurul Iman di hari terakhir istana terbuka.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -