35 cedera dirempuh kereta semasa perarakan karnival

BERLIN, 25 FEB – Seramai 35 orang, termasuk 18 kanak-kanak telah di kejarkan ke hospital, setelah seorang lelaki memandu kereta dan merempuh orang ramai yang sedang merayakan karnival di Jerman.

Polis terus menyiasat punca kejadian untuk tindakan seterusnya, di mana mereka percaya ia adalah secara sengaja.

Polis negeri Utara Hesse berkata kesemua yang tercedera itu telah dimasukan ke wad di hospital, 17 lagi telah dirawat dan dibenarkan pulang ke rumah selepas kemalangan itu di bandar Volkmarsen.

Pemandu seorang lelaki berusia 29 tahun merupakan penduduk dari kawasan itu, juga cedera dalam insiden tersebut dan dirawat di hospital dengan kecederaan serius di kepalanya, lapor akhbar Jerman, Bild.

Dengan keadaannya sekarang, dia belum dapat disoal siasat, menurut Bild. “Motif pelaku itu masih tidak jelas,” kata polis Utara Hesse di sosial media. “Penyiasatan masih lagi dijalankan,” tambahnya. – AP

Polis dan pekerja penyelamat berdiri di tempat kejadian kemalangan sebuah kereta yang dikatakan merempuh perarakan karnival di Volkmarsen, Jerman. – AP