Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    35 ikuti Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    Gambar Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Seramai 35 orang lepasan ijazah dari dalam dan luar negara telah meneruskan lagi Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan menghadiri sesi Taklimat Wawasan Brunei 2035 yang berlangsung di Bilik Taklimat JPM, petang hari ini.

    Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Hajah Nur Hamizah binti Haji Ismail.

    Beliau antara lain menerangkan mengenai matlamat wawasan 2035 selain kerangka kerja dan perancangan wawasan 2035.

    Selain itu, beliau turut mengongsikan tentang tanggungjawab negara kepada rakyat yang bermatlamat untuk memberi perlindungan, jaminan dan kesejahteraan menyediakan kemakmuran juga kebajikan demi menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraman.

    Antara peranan dan tanggungjawab rakyat dan penduduk pula adalah taat setia kepada raja; menghormati dan mematuhi perlembagaan dan undang-undang; mendaulatkan sistem pemerintahan beraja, mengiktiraf dan menghormati bangsa Melayu dan agama Islam; mendukung konsep Melayu Islam Beraja; mendukung Wawasan Brunei 2035; dan mewujudkan perasaan setia dan cinta kepada raja.

    Taklimat tersebut adalah sebagai salah satu inisiatif untuk memberigakan Wawasan Brunei 2035 yang mana Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 turut mengikuti inisiatif-inisiatif dan program yang diungkayahkan oleh Jabatan Penerangan seperti Program Perkampungan Kursus Sivik.

    Salah satu sasaran pemberigaan Wawasan Brunei 2035 adalah kepada golongan belia kerana mereka memainkan peranan penting untuk menjayakan wawasan berkenaan dan yang akan menerajui perkembangan negara pada masa hadapan.

    Antara mahasiswi lepasan ijazah yang mengikuti Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda