35 lagi dijumpai dalam runtuhan bangunan

MUMBAI, 23 SEPT – Jumlah kematian dari runtuhan blok apartmen di barat India meningkat kepada 35 orang hari ini, menurut pegawai, ketika harapan untuk menjumpai mangsa yang terselamat semakin tipis.

Pekerja kecemasan dari Pasukan Respons Bencana Kebangsaan (NDRF) setakat ini telah mengeluarkan 20 orang yang terselamat dari runtuhan bangunan tiga tingkat di Bhiwandi, berhampiran Mumbai.

Jurucakap NDRF dan pihak berkuasa setempat memberitahu wartawan bahawa pasukan penyelamat, yang dibantu oleh anjing pengesan, menjumpai 35 mayat yang tertimbus di bawah runtuhan selepas blok tersebut runtuh sebelum waktu subuh pada Isnin.

Pihak berkuasa bandar Thane, yang mengawal Bhiwandi, berkata kematian termasuk lapan orang kanak-kanak.

Punca kejadian masih belum diketahui, tetapi bangunan runtuh adalah perkara biasa semasa musim monsun di India pada Jun hingga September, dengan struktur bangunan yang lama dan retak semakin memburuk ketika hujan berpanjangan. – AFP

Pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan di Bhiwandi, berhampiran Mumbai.- AP